WASHINGTON – Pekerja Zoo Cincinnati di negeri Ohio, Amerika Syarikat (AS) membunuh seekor gorila kelmarin selepas seorang kanak-kanak lelaki masuk ke dalam kurungannya, kata beberapa pegawai.
Pengarah zoo berkenaan, Thane Myanard berkata, budak itu merangkak di bawah sebuah penghadang dan terjatuh ke dalam parit di kurungan itu sekitar pukul 4 petang(waktu tempatan).
“Gorila jantan berusia 17 tahun bernama Harambe dengan berat lebih 180 kilogram itu pergi ke kolam dan mendapatkan mangsa,” katanya.
Menurut beberapa saksi, gorila itu menyeret mangsa yang menjerit di sekitar kurungannya.
Pasukan bertindak haiwan berbahaya zoo tersebut menembak
Media tempatan memetik pihak polis sebagai berkata, mangsa dibawa ke hospital, namun, kecederaannya tidak mengancam nyawa.
Pasukan zoo tersebut memutuskan untuk menembak gorila itu menggunakan peluru hidup kerana ubat bius tidak dapat memberikan kesan serta-merta.
“Pasukan bertindak kami menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini. Kami belum pernah menghadapi situasi sebegini,” kata Maynard.
Menurut laman webnya, zoo itu menempatkan 11 ekor gorila. – AFP

Bsh Umum Senarai Pelumba Musim 2025 ...

Gempa Bumi Myanmar: Malaysia Sedia Bantu, Ucap Tak ...

Selamba Beli Emas 15kg & Harganya Berjuta Ring ...

Carta Organisasi Kelas: Maksud & Contoh ...