KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim menyindir tindakan pemimpin MCA dan MIC yang mengugut keluar kerajaan sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 diluluskan.
Beliau berkata demikian menerusi twitternya yang merujuk kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liew Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam, kelmarin.
“Belum apa-apa lagi MCA dan MIC sudah gertak akan keluar Kabinet. Kuat sangatkah
Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk mendapatkan pendirian Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.
Menurutnya, RUU yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan kaum Cina dan menganggap RUU itu adalah hukum hudud.-SuaraTV

Nak Untung Cepat, Wanita Warga Emas Rugi Rm236,578 ...

Shopping Sakan Persiapan Raya Di Lotuss, Hadiah B ...

Watak Ansara Bukan Seperti Realiti Sebenar Fattah ...

Kes Abang Belon Dan Dbkl: Polis Rakam Keterangan ...