Pernah dikaitkan dengan kontroversi pertelingkahan dengan seorang pelakon, Hafidz Roshdi suatu ketika dahulu, Uqasha Senrose memilih untuk bersikap profesional dan kembali bekerjasama dengan bekas heronya itu didalam drama Tundukkan Playboy Itu yang diangkat sebagai duta bagi Kempen Ramadan dan Raya untuk stesen TV3 dan TV9.
BACA: Hanya Dapat RM5000, Perniagaan Tudung Uqasha Senrose Lingkup
“Saya okey apabila diberitahu bahawa kami akan sama-sama terlibat sebagai duta bagi Kempen Ramadan dan juga Raya untuk saluran TV3 dan TV9. Bagi saya, tidak ada lagi isu yang perlu dibangkitkan selepas kontroversi yang pernah melanda malah dirinya juga tidak kisah andai mereka kembali bekerjasama dalam mana-mana drama”
“Walaupun dia tidak meminta maaf, tetapi itu tidak bermakna saya perlu bermasam muka dan mengelak untuk digandingkan dengannya. Saya juga tiada masalah andai kami digandingkan sekali lagi dalam drama, tetapi terpulanglah kepada dia jua,” katanya kepada Kosmo Online berhubung kerjasama yang bakal terjalin diantara mereka.
Terdahulu, perang diantara Uqasha dan Hafidz mula tercetus selepas Uqasha memuat naik status yang seolah-olah memerli tunang Hafidz pada ketika itu dan mendakwa wanita itu cemburu dengan gandingan mereka. Berang dengan status itu, Hafidz kemudian menyelar pula pelakon itu dengan memuat naik status di laman Instagramnya. (rkty/w)