KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, menyangkal dakwaan beliau mengambil suntikan botoks bagi mencantikkan wajah.
Pak Nil, 54 berkata, sejak dari dulu beliau memperuntukkan wang yang banyak demi menjaga penampilan wajah.
“Dahulunya, saya sanggup berhabis wang beribu-ribu ringgit sebulan demi menjaga penampilan wajah. Namun begitu, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya mengambil suntikan botoks kerana ianya memudaratkan.
“Mustahil saya gunakan botoks kerana jika benar, pastinya saya tidak boleh memberikan reaksi
Selain itu, Pak Nil turut muncul dengan produk penjagaan wajah jenama sendiri iaitu Anell by Aznil Nawawi.
“Menerusi Anell, saya menemui jalan penyelesaian untuk menjaga wajah secara murah dan selamat. Saya bersama dengan rakan kongsi, Aisyah Nik Jaafar berusaha mencari formulasi berkesan dalam merealisasikan Anell.-SuaraTV

Anwar Puji Sokongan Perancis, Buka Lembaran Baru P ...

Petra Labur Rm5.9 Bilion Demi Rakyat, 38 Projek Ai ...

Saya Tak Kisah Bos Potong Gaji Rm70 Setiap Kali P ...

Motika Sah Bersama Nsfc ...