KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa ia tidak akan mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.
Kementerian Luar (Wisma Putra), dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kenyataan sesetengah pihak yang muncul dalam media massa berkenaan tuntutan ke
atas Sabah baru-baru ini.
Menurut Wisma Putra, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak 16 September 1963.
Sebelum ini, media melaporkan hasrat bakal Presiden Filipina, Rodrigo Duterte untuk meneruskan tuntutan negara itu ke atas Sabah. – Bernama

Kad Tng Hot Wheels Di Malaysia Autoshow 2025, Terh ...

Kami Sibuk.. Jennie Kongsi Blackpink Akan Come ...

Siti Nurhaliza Boleh Jadi Contoh Teladan Penghibur ...

Koleksi Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji ...