loading...

Rafizi Lapor SPRM Skandal Rasuah Wanita, Wang Di Selangor

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

 

Rafizi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira 11.45 pagi tadi dan keluar sejam kemudian.

 

Turut bersamanya ialah Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen dan Ahli Parlimen Kapar G Manivannan.

 

Ketika ditemui media, ahli Parlimen Pandan itu berkata beliau menyerahkan semua dokumen yang ada padanya kepada SPRM dan tidak boleh lagi mendedahkan maklumat lanjut mengenai perkara itu.

 

Beliau meminta orang ramai berlaku adil kepada kerajaan Selangor dan juga SPRM, serta membiarkan mereka menjalankan siasatan dengan bebas.

 

“SPRM sering dilihat berkait dengan parti politik. (Tetapi) saya rasa mungkin ini kes yang jarang berlaku di mana saya sebagai setiausaha agung parti di bawah arahan parti sendiri membuat laporan, dan menyerahkan maklumat salah laku membabitkan ahli parti saya.

 

“Saya tahu ini jarang berlaku tetapi ia sepatutnya jadi satu budaya,” katanya.

 

Tuduhan itu diketahui umum selepas perbualan Rafizi di aplikasi WhatsApp mendakwa menerima aduan insiden seumpama itu, terbocor.

 

Rafizi kemudian menunjukkan bukti kepada biro politik PKR di mana beliau diberi “restu” untuk menyerahkannya kepada SPRM.

 

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun menepis tuduhan itu, mendakwa ia hanya sebahagian kempen mencemarkan kerajaan negeri. – FMT

Previous
Next Post »
loading...