PASIR PUTEH – PAS kini lebih cenderung menggunakan diplomasi berbanding menjadi pembangkang secara membuta tuli dalam merungkai permasalahan yang timbul.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata parti itu juga tidak bersetuju dengan percubaan menjatuhkan kerajaan dan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kita menolak sebarang usaha menyingkirkan Perdana Menteri jika yang menggantinya adalah orang UMNO
“Kalau tukar PM (Perdana Menteri) dan yang menggantinya UMNO juga, tiada beza.
“PAS mahu menggunakan politik dengan menasihati dan bukan membangkang semata-mata. Ini yang kita panggil politik matang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis perasmian Dewan Ulama PAS ke-55 di Sweet Beach Resort di sini, malam tadi.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad. – BH

Tiga Tahun Berkahwin, Mas Idayu Didakwa Sudah Berc ...

Rafizi Bongkar Modal Lama Pas & Pn Berkempen, ...

Kru Memang Luar Biasa! Konsert Solo Paling Gempaq ...

Geely Galaxy Cruiser Bawa Gaya 4x4! Bakal Jadi Mod ...