loading...

Ezany Nizariff Sertai Jemaah Tabligh

KUALA LUMPUR — Siapa sangka insiden terlepas pesawat menjadikan pelakon Ezany Nizariff kini semakin mengenali usaha dakwah yang dibuat jemaah tabligh.

 

Ezany, 43, berkata mengikuti program jemaah itu membuatkan dia sedar tentang hakikat sebenar dakwah yang dilakukan sekaligus menepis persepsi negatif.

 

“Semua ini bermula ketika saya terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur dari Kangar pada pertengahan tahun lalu.

 

“Hendak dijadikan cerita, seorang rakan mahu menumpangkan saya pulang. Saya ikut tetapi dia membawa saya ke Janda Baik kononnya mahu melihat resort mliliknya,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

 

Ezany berkata sebaik tiba di pusat peranginan itu dia melihat jemaah berkenaan mendirikan solat berjemaah.

 

Katanya, sepanjang seminggu berada di sana, dia turut didedahkan dengan aktiviti tazkirah yang membuatkan jiwanya semakin tenang.

 

“Tidak lama selepas itu saya diajak ke Pulau Perhentian. Pada mulanya saya terfikir dengan melihat panorama laut akan membantu jiwa saya tenang tetapi lain pula jadinya.

 

“Saya menyertai sekumpulan tabligh tidur di masjid pulau itu,” katanya.

 

Pelakon kelahiran Kangar, Perlis berkata latar belakang jemaah yang sanggup meninggalkan kemewahan semata-mata mahu bermalam di masjid menarik perhatiannya.

 

Katanya, penyertaan bersama jemaah dijadikan peluang terbaik untuk mencuba sendiri amalan dakwah seperti menyeru penduduk setempat hadir ke masjid.

 

“Sepanjang bersama saya lihat mereka hanya menunaikan solat jemaah dan melakukan aktiviti harian mengikut sunnah.

 

“Perkara itu membuatkan saya sedar dan mahu memperbaiki amalan,” katanya yang pernah juga mengikut jemaah ke Bangladesh baru-baru ini. – MalayMail

Previous
Next Post »
loading...