KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 333,000 tiket sempena Aidilfitri untuk perkhidmatan keretapi elektrik ETS dan KTM Intercity.
Tiket adalah untuk perjalanan bermula 24 Jun hingga 17 Julai yang akan dijual mulai 8.30 pagi Jumaat ini, kata KTMB dalam satu kenyataan.
KTMB berkata langkah menjual tiket ETS dan Intercity dua bulan lebih awal daripada tarikh
perjalanan adalah bagi memudahkan orang ramai membuat perancangan perjalanan mereka.
Tiket boleh diperoleh di kaunter KTMB atau menerusi khidmat atas talian di laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my.
Pertanyaan lanjut mengenai status tiket, jadual tren dan tambang boleh didapati di stesen KTMB berhampiran, Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau laman rasmi KTMB. – BERNAMA

Treler Membawa Muatan 20,240 Kg Beras Seludup Dira ...

Awak Cantik Sangat Mesra Bersama, Go Kyungpyo ...

Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara-gar ...

Kesihatan Jamal Yunos Makin Merosot, Sel Kanser Di ...