loading...

Mungkinkah Azmin Juga Terkena Sumpahan MB Selangor?

KUALA LUMPUR – Tidak sampai sepenggal Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang  jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-14, kini timbul pula khabar angin  menyatakan beliau bakal keluar ‘ikut tingkap’ seperti mana yang berlaku terhadap  kebanyakan Menteri Besar sebelumnya.

 

Sekiranya Azmin dijangkiti sumpahan Menteri Besar tersebut, beliau akan menjadi  Menteri Besar Selangor kedua dari parti PKR disingkirkan dengan cara tidak terhormat selepas pendahulunya, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

 

Memetik sumber The Star, usaha menyingkirkan Azmin timbul selepas Ahli Dewan  Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dilihat lebih menonjol daripada  Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

 

Situasi tersebut kata sumber disebabkan Menteri Besar itu secara perlahan-lahan  mengambil alih teraju PKR dari Wan Azizah.

 

“Azmin sekarang semakin kuat dan tidak terperanjat sekiranya beliau mengambil alih jawatan Presiden daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pemilihan parti akan datang,” kata sumber tersebut.

 

Tambah beliau, perkara tersebut membimbangkan penyokong setia Datuk Seri Anwar  Ibrahim serta keluarganya dalam PKR disebabkan hala tuju Azmin tidak lagi  berkisar tentang pembebasan Anwar apatah lagi memperjuangkan bekas Ketua  Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

 

Katanya, kebanyakan ahli PKR melihat Azmin sebagai pemimpin yang boleh membawa  perubahan dan bukan sahaja menjadi alat untuk agenda politik Anwar seterusnya  mengubah landskap pembangkang yang lebih matang.

 

“Hal ini sangat membimbangkan kepada mereka yang masih tersangkut dengan agenda  lama PKR dan mereka yang setia dengan Anwar dan Dr Wan Azizah,” ujarnya.

 

Jelasnya lagi, sokongan terhadap Azmin juga meningkat kepada 70% daripada  keseluruhan ahli parti disamping majoriti pemimpin PKR kini juga berubah kepada  kem-Azmin.

 

Disebabkan takut akan Menteri Besar itu semakin mendapat sokongan seterusnya  mengambil alih jawatan Wan Azizah, sebuah gerakan untuk menggulingkan beliau kini giat dijalankan oleh pengkritiknya.

 

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dipalit dengan dakwaan oleh Setiausaha Agung parti Rafizi Ramli mengatakan terdapat salah laku rasuah serta tuduhan pemberian habuan wanita didalam pentadbirannya.

 

“Tempoh Rafizi sebagai Setiausaha Agung mungkin hampir tamat. Pastinya beliau  akan dihukum pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang,” kata sumber  berkenaan. – Malaysian Digest

Previous
Next Post »
loading...