loading...

Yazit: Amy Search Tak Ikhlas Ziarah Saya Di Hospital

Nampaknya pertelingkahan diantara ahli kumpulan rock, Search masih berterusan apabila kini pemain drum kumpulan itu, Yazit mendakwa bahawa kedatangan Amy ke hospital ketika beliau sakit bukanlah dilakukan dengan ikhlas tetapi hanya mahukan perhatian dari pihak media sahaja.

BACA: Awie Dan Kumpulan Wings Mahu Bantu Yazit

“Nampak atau tidak muslihat dia? Saya tidak sedarkan diri. Dia ambil tangan saya, bersalam, muka dia senyum tengok kamera. Apa maknanya itu? Dia hendak tunjuk pada media dia bagus. Sebagai kawan, dia tidak perlu buat begitu. Sepatutnya beliau duduk sebelah bacakan saya Yaasin, kan lebih afdal tetapi hendak glamor juga”

“Dia datang sendiri atau isteri saya yang hubungi beliau? Isteri saya hubungi minta datang tengok. Lepas itu tiba-tiba dia buat cerita lain. Dia kena paksa datang dengan isteri saya, bukan ikhlas,” katanya kepada Projek MMO ketika ditemui sewaktu menjalani rawatan hemodialisis di Setapak.

Sebelum ini, Amy didalam sidang media yang dilakukan pernah menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah mengabaikan Yazit ketika beliau berada di hospital, seterusnya menafikan dakwaan itu. Malah Amy juga mendedahkan kepada media bahawa beliau mempunyai gambar bersama Yazit ketika beliau melawatnya di hospital. (rkty/w)

Kredit gambar: Projek MMO

Previous
Next Post »
loading...