PETALING JAYA – Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan ugutan bom di dalam pesawat Firefly 3251 dari Lapangan Terbang Subang ke Singapura, dua minggu lalu.
Tertuduh, Woong Choon Loong, 41, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Abdul Karim.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Choon Loong didakwa melakukan ugutan jenayah melalui telefon dengan menyatakan terdapat
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Jun ini untuk sebutan semula kes. – BH

Sangat Membimbangkan! Penjara Machang Paling Sesak ...

Doktor Pakar Dedah Realiti, Nasihat Pelajar Cemerl ...

China Uji Kereta Api Sepantas Pesawat 1,300km Ki ...

Boleh Berbelanja Besar Di Malaysia, Tapi Tokoh U ...