loading...

‘Semuanya Bodoh, Sanggup Ambil Janda Mati Laki!’ – Syed Rosli

KUALA LUMPUR – Bekas calon jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Syed Rosli Jamalulail menyifatkan tindakan mencalonkan balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, sebagai tindakan bodoh.

 

Beliau turut mempersoalkan apakah tiada lagi calon lain yang lebih layak untuk bertanding di Kuala Kangsar sehingga memutuskan untuk mengambil balu yang masih dalam edah.

 

“Apa tiada pemimpin lain di Umno Kuala Kangsar lain yang layak ke? Semuanya bodoh belaka kerana sanggup mengambil janda yang mati laki untuk jadi calon? Tak puas keturunan kamu mensakau ke? P*****k kau Mastura!,”tulisnya dalam statusnya di Facebook, semalam.

 

Dalam status tersebut, beliau turut mendoakan keburukan terhadap keluarga Mastura sehingga turut mempertaruhkan nyawa sendiri.

 

Terdahulu, Syed memuat naik gambar statusnya sebagai calon bebas PRK P067 Kuala Kangsar untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut selepas kematian Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang melibatkan nahas helikopter di Sarawak-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...