SUNGAI BESAR – PAS mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.
Pemilihan Dr Abdul Rani, 58, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Markas PAS Simpang Lima, di
sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata, keputusan itu diputuskan sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama.
Yang hadir sama ialah Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad; Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz dan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir. – BH

Rapid Transit System (rts Link): Tarikh Operasi &a ...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-100 Tun M, Ucap P ...

Inspektor Polis Kedah Ditahan Kerana Kes Rogol, Di ...

Tengku Zafrul Tegaskan Rundingan Tarif As Tidak Bo ...