loading...

Pemimpin PAS Gantung Jubah, Sarung Baju Pahlawan Melayu

KOTA BHARU – PAS sangat sinonim dengan pakaian berjubah serta bersongkok ataupun berserban mencerminkan identiti Islam yang dibawa parti tersebut.

 

Walaubagaimanapun situasi tersebut berbeza apabila beberapa pemimpin utama PAS hadir ke Muktamar Pemuda parti semalam berpakaian lengkap bak pendekar silam Melayu siap dengan tengkolok di kepala serta keris terselit di samping.

 

Nyata penampilan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz: timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengejutkan ramai pihak.

 

Utusan Malaysia melaporkan, idea mengenakan pakaian pahlawan dicetuskan oleh Ketua Pemuda parti Nik Mohamad Abduh mahu menunjukkan bahawa pemuda mempunyai semangat dan kekuatan tersendiri.

 

Bercakap mengenai penampilan mereka, Tuan Ibrahim memuji inisiatif Pemuda PAS yang membawa kelainan dalam muktamar kali ini.

 

“Pakaian pahlawan Melayu ini mencerminkan budaya kita. Saya hari ini memakai tanjak dan berkeris, satu penampilan baharu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Tahniah Pemuda Pas yang mengemukakan idea seperti ini.

 

“Kekuatan pahlawan sebenarnya bukan terletak kepada baju semata-mata, namun lebih daripada itu ketika menentang musuh,” kata Tuan Ibrahim. – Malaysian Digest

Previous
Next Post »
loading...