loading...

Video: Najib Nafi Rang Undang-Undang Bentang Hudud

 

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan Rang Undang-Undang (RUU) hudud dibentangkan dalam parlimen semalam.

 

Sebaliknya beliau berkata, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Hadi Awang hanya membentangkan RUU berkaitan perlaksanaan syariah.

 

 

“Apabila Tuan Guru Haji Hadi membentangkan mengenai RUU itu ia dipandang seperti membawa pendekatan kepada hudud. Saya nak tekankan pindaan tersebut bukan undang-undang hudud (seperti dilaporkan media sebelum ini).

 

“Ia adalah pindaan undang-undang untuk meningkatkan hukuman kepada 6 kali rotan kepada beberapa kali kepada kesalahan tertentu dan ia tertakluk kepada mahkamah syariah dan melibatkan hanya orang Islam sahaja. Tidak ada kena mengena dengan orang bukan Islam. Dan cara sebatan untuk orang Islam juga tidak sampai kepada mencederakan. Kaedah itu terbatas daripada cara untuk mengenakan hukuman sebatan.

 

“Namun ia bererti perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan. Sebab ia memerlukan kebenaran daripada Majlis Agama Islam diperingkat negeri dimana Majlis Raja-raja dan pindaan undang-undang,”katanya.

 

 

Laporan menyusul.

 

 

 

 

 

 

 

Previous
Next Post »
loading...