loading...

Video : PERKASA Tidak Mahu Terlibat PRK Sg Besar, Kuala Kangsar

KUALA LUMPUR – Perkasa tidak mahu terlibat membantu sebarang parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa tidak mahu melibatkan diri bagaimanapun terbuka kepada setiap ahlinya di kawasan itu untuk berbuat demikian.

 

 

“Kita sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tidak boleh melibatkan diri dalam kempen (kedua-dua) PRK ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa hari ini.

 

“Ahli-ahli perkasa bebas untuk membuat pendirian masing-masing. Kita ada ahli perkasa di Kuala kangsar dan Sungai Besar mereka bebas untuk membuat pilihan masing-masing dan kita minta mereka membuat pilihan yang tepat,”katanya.

 

Ditanya mengenai pembabitan Tun Mahathir dalam PRK yang bakal diadakan bulan depan, beliau berkata perkara itu bergantung kepada pendirian Tun Mahathir kerana dia bukan ahli bagi mana-mana parti politik.

 

“Itu hak dia, dia bukan ahli mana-mana parti,” katanya.

 

Bagaimanapun, menurutnya pihaknya tidak teragak-agak memberikan pandangan mengenai undian ke atas calon yang sesuai di kawasan tersebut.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...