loading...

Video : PERKASA Naik Angin Syarikat GLC Buang Pekerja Melayu

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR – “Kita NGO (pertubuhan bukan kerajaan) perkasa sudah mula naik angin!,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang berang mengenai isu berkaitan syarikat kerajaan (GLC) yang (menjual saham mereka kepada bukan Melayu) masih berterusan.

 

Katanya, selain memberi amaran terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) supaya tidak membuang dan menganiaya pekerja Melayu, beliau turut menegaskan akan mengambil tindakan tegas selepas ini.

 

Tambahnya, tindakan penjualan saham itu merupakan kegagalan pihak Kerajaan dalam perlaksanaan polisi berkaitan kepentingan Bumiputera.

 

 

 

“Perkara ini kita nampak berlarutan (berterusan). Saya minta pihak kerajaan samada menteri-menteri yang berkaitan, CEO yang bertanggungjawab selepas ini jika masih lagi membiarkan perkara ini, buat tak tahu kalau kita serang kita bising jangan salahkan Perkasa!  Enough is enough! (Cukuplah),” katanya yang turut menegaskan perkara itu merupakan satu langkah yang perlu dihentikan bagi menjaga kebajikan pekerja bumiputera secara amnya.

 

Terdahulu, beliau berkata, ekonomi pengusaha bumiputera yang bernaung dibawah MISC Integrated Logistic Sdn Bhd (MILS), akan terjejas teruk kerana dimaklumkan tiada lagi keseimbangan kaum dalam sebuah syarikat yang berkeupayaan tinggi dan berdaya maju tempatan seperti MILS yang diterajui pengurusan profesional Bumiputera.

 

Ibrahim berkata pihaknya juga, bakal menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...