loading...

Pandangan Tun M Adalah Tidak Betul

Oleh: Saiful Izzuwan Mohammad

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Kumpulan Felda, Tan Sri Haji Mohd Isa Mohd Samad menyifatkan pandangan dan kenyataan  yang dikeluarkan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir adalah tidak betul.

 

Menurut beliau, ini merupakan perkara luar biasa kerana dahulunya Tun Mahathir adalah orang yang paling lantang menyuruh ahli-ahli UMNO menentang pembangkang.

 

“Ini suatu pandangan yang tidak betul oleh sebab beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan Perdana Menteri tidak sepatutnya dia buat begitu.

 

“Kerana perkara ini merupakan suatu yang luar biasa kerana dahulu beliau antara yang kuat suruh kita menentang pembangkang habis-habisan dan kita lakukan.” katanya ketika ditemui oleh wartawan Suara TV.

 

Respond dari Tan Sri Isa ini ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir yang mahu Barisan Nasional kalah pada Pilihanraya Kecil di Sungai Besar pada Bulan hadapan.

 

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Majlis Preview Bufet Ramadhan D’Saji bersama Media 2016 tidak dapat menerima dan mendakwa ramai individu yang turut tidak bersetuju terhadap kenyataan Tun Mahathir itu.

 

“Oleh kerana sudah mempunyai pandangan yang berbeza dan orang yang seperti saya tidak dapat menerima dan saya fikir tidak ramai orang bersetuju dengan pandangan tersebut,”ujarnya.

 

Dalam pada itu, ketika diajukan soalan berkenaan kenyataan tersebut mampu memberi kesan kepada pilhanraya nanti, beliau menegaskan bahawa ia tidak memberi kesan yang besar namun kerja kuat perlu dilakukan bagi menjelaskan semua kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir adalah tidak benar.

 

“Sama ada dia suka atau tidak, kita akan lawan dengan pembangkang.

 

“Bagi saya tidak nampak sangat ia mengugat sangat cuma saya kata kerja kita kena kerja kuat untuk jelaskan dakwaan-dakwaan itu.” katanya. -SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...