Selepas sebulan menjalani proses berpantang, akhirnya Zizie Izette berkongsi wajah kembarnya dan juga nama kedua anaknya itu yang diberikan nama, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
BACA: Zizie Ezette, Bung Moktar Sambut Kelahiran Kembar
“Salam & hello everyone. Meet my two precious heroes. Alhamdulillah, hari ni dah sebulan satu hari. Terima kasih diatas doa-doa anda dalam ruangan komen sebelum ini,” tulisnya di akaun Instagram.
Perkongsian gambar anak-anaknya itu difahamkan juga gambar tersebut diambil ketika bayi kembar beliau berusia 20 hari. Setakat ini, gambar comel mereka telah mendapat 66 ribu likes dengan ribuan komen.
Rata-rata ramai yang tumpang gembira melihat bayi kembar Zizie yang comel itu. Malah ramai juga yang berharap turut dapat menimang cahaya mata kembar seperti Zizie. Tahniah kami ucapkan sekali lagi. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW