KEJUTAN berupa hadiah untuk isteri daripada suami contohnya, mampu mempereratkan lagi hubungan dan menjadikan kehidupan rumah tangga lebih bahagia.
Oleh sebab itu, setiap para suami memainkan peranan yang penting terutama dalam memperingati momen-momen istimewa seperti ulang tahun kelahiran mereka.
Seperti yang diketahui, seorang isteri yang memahami pasti tidak mengejar semua itu kerana sudah bersyukur dengan segala nikmat dan kelengkapan yang dikurnikan Allah S.W.T.
Mungkin cukuplah sekadar mengingati hari kelahiran mereka dengan ucapan yang ikhlas, dan disertakan ciuman di dahi.
Namun, lain pula kisahnya dengan seorang isteri ini yang berkongsikan ‘drama sedihnya’ di laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT).
Menurut wanita itu, dia merasakan hadiah pemberian suaminya, iaitu seutas beg tangan berjenama adalah tidak berbaloi selepas mengetahui ia merupakan barangan tiruan.
“Salam KRT. Semalam birthday saya, suami beli sebiji kek dan hadiahkan beg Louis Vuitton (LV). Tadi saya keluar jalan-jalan dengan kawan dan saya pakai beg LV itu. Tiba-tiba kawan cakap beg ini fake.
“Saya sedih min. Birthday saya, suami hadiahkan beg fake macam ni. Saya ingatkan beg LV yang diberi ini dia beli dengan harga RM4,000+,” katanya.
Tambah wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, dia mempersoalkan adakah perlu untuk bermasam muka kepada suaminya gara-gara harga barangan itu tidak mencecah ribuan ringgit.
“Perlukah saya merajuk dan buat muka? Sedih sangat 😓😓😓,” luah wanita bertuah tersebut.
Ekoran luahan bersifat materialistik itu, wanita berkenaan dikecam bertalu-talu oleh netizen yang menganggap wanita itu tidak bersyukur lagi tak menghargai usaha murni suaminya.
“Elok suami kau bagi beg set jenazah kat kau dik. Barulah kata cinta sampai jannah. Sebab kau pun bolehlah sila meninggal. Orang dah bagi hadiah pun bersyukur sajalah,” tulis Rosezanah Rose Cuckoo.
“Untunglah dia beli. Kau ni bodoh ke bangang? Meh laki kau aku nak ngorat,” kata Alwani Kamarulzaman.
“Oii, aku pakai beg pasar malam RM15 saja kak. Bukannya ada beg lain. Tapi beg itu yang aku paling selesa nak usung ke sana sini. Nilai beg itu tak penting pun sebenarnya. Yang penting dalam beg itu berkepok-kepok!
“Bersyukur sudahlah. Dari pakai beg RM4,000+ tapi di dalamnya hanya ada 40 sen, tak ada guna juga,” tulis Nurazila Sulaiman.
“Berat masalah sis ni. Saya cadangkan sis pergi buat report kepada KPDNKK, kemudian laporan itu bawa ke balai polis berhampiran untuk buat laporan polis. Selepas itu sis boleh terus submit borang cerai ke pejabat agama dan kepilkan report-report berkenaan sebagai rujukan untuk memudahkan proses penceraian.
“Dalam seminggu dua mungkin akan dibawah ke mahkamah kes ini. Dan dalam tempoh tersebut, sis jangan duduk di rumah, check in di mana-mana hotel. Takut berdosa derhaka buat muka pada suami.
“Panjang pula penerangan. PM nombor sis kepada saya untuk hantar lukisan saja. Bongok punya perempuan WeChat,” kata Mayzatul Nazirah. -MYNEWSHUB.CC
Loading...