loading...

Nabila Razali Sabotaj Acara Hiburan?

nabila razali sabotaj acara hiburan

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

Penyanyi, Nabila Razali, memohon maaf jika ada yang menganggap tindakannya datang lewat ke sebuah acara hiburan di Kota Damansara, baru-baru ini, sebagai mensabotaj acara berkenaan.

Jujurnya, kata Nabila, isu itu melibatkan banyak pihak.

Jelas beliau, tiada sedikitpun niat menimbulkan masalah yang sebenarnya berpunca daripada sebuah penggambaran program.

“Pada hari kejadian saya menjalani satu penggambaran program di Bangi dan ia habis agak lewat menyebabkan saya bergegas ke tempat sidang media di Damansara," kata Nabila.

Dalam masa sama, pelantun lagu Pematah Hati ini mengakui kesalahannya dan meminta maaf kepada semua pihak yang berkecil hati.

“Bagaimanapun, saya akui bersalah dan sudah meminta maaf kepada penganjur dan tetamu yang hadir atau sesiapa sahaja yang terasa hati,” katanya.

Sementara itu, Nabila juga menyedari akan kepentingan disiplin dan menepati masa untuk terus mengorak langkah dalam bidang seni.

“Ini adalah kali pertama saya terlewat disebabkan hal tertentu yang memang tidak dapat untuk dielakan.

“Saya memang seorang yang tidak suka orang menunggu saya. Tambahan pula, pengurus saya selalu berpesan agar menepati masa sekiranya mahu bertahan lama dalam industri,” katanya.

Terdahulu, penyanyi yang juga pelakon itu dikatakan tiba ketika majlis hampir selesai di Damansara.

Sumber berita: Harian Metro
Previous
Next Post »
loading...