loading...

Shukri Yahaya Nafi Hidup Dikawal Isteri

Jika masih ingat Shukri Yahaya pernah dilanda kontroversi menggoda wanita di aplikasi We Chat suatu ketika dulu. Hingga kini ada pihak mendakwa Shukri dikawal isteri berikutan kontroversi berkenaan.

BACA: Wanita Dedah Video WeChat Shukri Yahaya

“Isteri saya tidak pernah mengawal saya seperti didakwa. Orang nampak saya tidak aktif di kaca televisyen bukan kerana saya berkurung di rumah sebaliknya saya sibuk di set penggambaran dan produknya”

Bagaimanapun kontroversi terbabit sedikit memberi impak kepada rumah tangganya, namun jelasnya hubungan beliau dan isteri tidak mempunyai masalah kerana beliau tidak pernah melakukannya.

“Saya akui memang kali pertama saya berhadapan dengan kontroversi itu tetapi perkara tersebut tidak pernah memberi impak kepada karier mahupun keluarga saya. Saya nakal tetapi lebih kepada mengacau orang sahaja”

“Untuk nakal membabitkan perempuan itu bukan saya. Malah tidak pernah terlintas fikiran saya untuk berbuat demikian. Tetapi memang selepas kejadian tersebut saya sangat berhati-hati,” jelasnya kepada Utusan Online.

Mungkin Shukri dilihat jarang hadir ke acara sosial bersama rakan-rakan artis lain semenjak kontroversi melanda dirinya. Tapi tidak salah rasanya mengawal suami bagi mengekalkan kebahagiaan, asalkan tidak keterlaluan kan. (rtky/w)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...