Kredit foto: Instagram Syafie Naswip
Dikecam kerana 'bertatu' di lengan tangan menerusi beberapa kiriman foto di laman Instagram, aktor Syafie Naswip tidak ambil pusing.
Lagi pula, beliau merasakan tiada sebarang penjelasan perlu diberi kepada peminat yang berbalah gara-gara isu itu.
Menurut Syafie, tindakan itu tidak mempunyai niat tertentu kerana dibuat atas dasar keseronokan sewaktu menikmati percutian di Bali.
Dalam masa sama, ia hanyalah inai dan bukanlah tatu kekal sebagaimana yang dicanang, malah boleh ditanggalkan dalam suatu tempoh tertentu.
“Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu," katanya memetik portal Utusan Online.
Aktor berusia 26 tahun ini memutuskan untuk tidak memberi sebarang penjelasan lanjut kerana mengatakan ia bukanlah satu isu.
“Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun. Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu,” katanya lagi.
Kredit foto: Instagram Syafie Naswip
Sumber berita: Utusan Online