
MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka telah mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk membaiki dan mengambil alih pengurusan Dewan Serbaguna Rumah Awam Pulau Gadong di Klebang di sini demi kepentingan rakyat setempat.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pihaknya menerima banyak aduan dewan itu disewakan untuk aktiviti persendirian dan majlis perkahwinan pada harga tinggi RM800 dan persatuan penduduk yang didakwa penyokong pembangkang disyaki menggunakan wang itu untuk aktiviti politik pembangkang.
““Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima kerana ia membabitkan soal kebajikan penduduk yang sepatutnya mendapat manfaat
Beliau berkata selepas proses baik pulih dan ambil alih itu selesai, dewan yang dibina sejak empat tahun lepas menerusi peruntukan kerajaan pusat itu akan dibuka semula untuk kegunaan rakyat setempat pada harga lebih berpatutan iaitu RM300.
Sementara itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin berkata MBMB telah memberikan tempoh masa yang mencukupi sehingga 15 Jan lepas kepada persatuan penduduk berkenaan menyerahkan kunci dewan itu tetapi masih belum berbuat demikian. – BERNAMA
Loading...

Aslam Cari Masa Lapang Nak Jumpa Abby Abadi Mohon ...

Projek Rintis Sistem Pemantauan Kelajuan Awas Belu ...

Idola K-pop Lelaki Pertama Dari Malaysia, Isaac Vo ...

Aplikasi Go By Bank Islam Akan Ditamatkan 28 Jun I ...