loading...

"Saya Sendiri Simpan Rahsia Itu Dan Tidak Mahu Kecoh-Kecoh" - Pendedahan Almy Nadia

saya sendiri simpan rahsia itu dan tidak mahu kecoh kecoh almy nadia 1

Kredit foto: Mstar

Isteri Fizz Fairuz, aktres Almy Nadia akui masih terkejut dengan pengiktirafan diterima suaminya iaitu Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Malah, Almy berkata, mereka berdua hanya dimaklumkan tentang hal berkenaan dua hari sebelum majlis istiadat berlangsung.

"Saya masih terkejut sebenarnya dan seperti tidak percaya kerana perkara ini juga kami baharu sahaja dapat tahu pada Rabu lalu.

"Saya sendiri simpan rahsia itu dan kalau boleh tidak mahu kecoh-kecoh, tidak sangka pula ada laporan berita berkenaan pengiktirafan itu," katanya kepada portal Mstar Online.

Fizz menjadi antara 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, semalam.

Fizz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Istiadat disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

saya sendiri simpan rahsia itu dan tidak mahu kecoh kecoh almy nadia 2

Kredit foto: BH Online

Dalam pada itu, Almy berkata, dia bersyukur kerana usaha keras suaminya dalam tempoh tiga tahun mempromosikan pelancongan negeri itu mendapat penghargaan.

Malah, dia sebagai orang kanan melihat sendiri kepayahan yang ditanggung Fizz ketika mengusahakan syarikat mereka, Rain Maker Creation Sdn Bhd.

"Alhamulillah, ini rezeki Allah yang kita tidak sangka dan sebagai orang kanan dan pembantu dia saya menyaksikan sendiri usaha dan penat lelah dia membahagikan masa.

"Jika dia sibuk dengan lakonan saya dan beberapa pekerja yang akan turun padang menguruskan majlis-majlis yang syarikat kami anjurkan," katanya.

Diminta mengulas tentang gelaran Datin, Almy berkata, dia lebih selesa disapa tanpa gelaran itu kerana memerlukan masa untuk memikul gelaran berkenaan.

"Saya hormati pangkat yang diberi ini tapi buat masa ini panggil saya Almy sahaja, tak perlu panggil Datin," ujarnya.

Sumber berita: Mstar
Previous
Next Post »
loading...