Sumber foto: Arkib Astro Awani
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, petang kelmarin, disyaki menerima rasuah daripada syarikat pembinaan.
Sumber memberitahu, suspek berumur 43 tahun itu diyakini menjalankan aktiviti tersebut sejak tahun 2015 semasa berkhidmat di Stesen Timbang JPJ Kuala Selangor.
Menurutnya lagi, suspek memperoleh duit rasuah setiap bulan, berjumlah antara RM100 hingga
"Suspek ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang, kira-kira jam 2 petang tadi (kelmarin).
Selain pegawai JPJ berkenaan, SPRM juga menangkap 3 orang lagi yang berumur 41, 45 dan 30 tahun, di antara pukul 2.30 hingga 4.45 petang kelmarin yang diyakini turut terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu.
Datuk Alias Salim selaku Pengarah SPRM Selangor, mengakui tangkapan tersebut.
"Semua suspek akan direman esok pagi (semalam) di Mahkamah Majistret Klang," ujarnya.
Sumber berita: BH Online

Redmi A5 Tiba Di Malaysia, Telefon Bajet Terbaru S ...

Banyak Jubah Walid Walid Yang Terbakar.. D ...

Dolar Singapura: Sejarah Dan Info Mata Wang Rasmi ...

#hiburan: Mata Wang Jatuh Mendadak, Lebih 2 Juta P ...