Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Hajah Salasiah Zakaria, meninggal dunia, pagi semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang, kira-kira jam 11.15 pagi.
Difahamkan, Salasiah meninggal kerana
menghidap sakit kanser hidung.
Sehubungan dengan itu, anak allahyarham memberitahu jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang selepas solat Asar pada hari sama.
Allahyarham merupakan bekas editor dan penyampai berita RTM yang berkhidmat di rangkaian televisyen berkenaan selama 33 tahun.
Sumber berita & Kredit foto: Sinar Harian

#autoshanghai2025: Kelibat Jetour X20 E Rhd Dikesa ...

Jarang Berlaku Dalam Dunia K-drama Kini, Naskhah I ...

Warga Emas Maut Dirempuh Pikap Ketika Balik Surau ...

Lagu Raya Hael & Nadeera Bergema Live Di Dep ...