
KUALA LUMPUR – Pengeluar makanan dan minuman, Nestle Malaysia hari ini berkata fakta dalam video yang mengulas mengenai minuman malt bercoklat keluarannya, MILO adalah mengelirukan.
Nestle dalam satu kenyataan berkata lebih 50 peratus daripada kandungan gula di dalam MILO datangnya secara semula jadi daripada susu dan malt.
“Kami memastikan gula yang ditambah pada paras minimum, hanya enam gram gula pada setiap hidangan 200ml, atau kira-kira satu sudu teh gula, Ini adalah bagi mengekalkan rasa minuman MILO yang digemari rakyat Malaysia,” kata kenyataan itu bagi
Menurut kenyataan itu, MILO dibuat daripada susu, malt (barli) dan serbuk koko dan mengandungi vitamin dan garam galian termasuk vitamin B2, B3, B6 dan C .
“Sejajar dengan keperluan pengguna masa kini, kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih sihat dan lazat,” katanya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Percuma Khidmat Pengguna Nestle di talian 1-800-88-3433. – BERNAMA
Loading...

Jdt Lifts Malaysia Cup After Comeback Win Over 10- ...

Definisi Kaya Sebenar! Mua Bellaz Buat Open Ho ...

Another Cop Nabbed In Maccs Probe Into Maintenanc ...

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Meri ...