
KANGAR – PAS menentang keras kempen undi rosak yang menjadi tular di laman sosial dan menganggap tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kepada agama dan negara.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam meletakkan politik sebagai sebahagian daripada agama dan adalah menjadi kewajipan umatnya untuk mengundi.
“Memilih pemimpin adalah satu amanah yang besar, bermakna ia adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh orang Islam,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks PAS Perlis di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kempen #UndiRosak atau #SpoiltVote dan ‘ProtesPRU’ yang kini tular menerusi laman sosial mengajak golongan muda agar merosakkan undi pada pilihan raya umum akan datang dengan penggeraknya dilaporkan memberi alasan tiada beza sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.
Sementara itu, ketika mengulas
“Kalau berlaku (Parlimen tergantung) kita akan bergantung kepada parti yang kukuh dan teguh… yang mudah menerima agenda Islam,” katanya.
Semalam, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata Parlimen tergantung tidak mustahil boleh berlaku apabila Dewan Rakyat terbahagi dua dengan bilangan kerusi sama.
Katanya jika keadaan itu berlaku, semua parti harus bersama bagi membolehkan badan eksekutif dipimpin seorang ahli politik yang diterima oleh kedua-dua pihak di Dewan Rakyat. – BERNAMA
Loading...

Cinta 12 Tahun Berakhir, Azira Shafinaz Nafi Tak S ...

Lapangan Terbang Sharjah Sedia Terima 500,000 Penu ...

Canon Lancar Kamera Vlog Terbaru, Powershot V1 Ber ...

Rebutkan Harta Bapa Mentua, Wanita Tembak Kakak Ip ...