GARA-GARA dituduh mencuri telefon bimbit milik seorang guru, seorang pelajar tingkatan dua kini berada dalam keadaan kritikal selepas cuba menggantung dirinya.
Dalam kejadian Rabu lalu, pelajar dari Nibong Tebal, Pulau Pinang itu mengunci diri dalam bilik selepas dihantar gurunya ke rumah pada pukul 6.15 petang Rabu lalu.
Pada malam hari yang sama, remaja perempuan itu kemudiannya dipercayai cuba menggantung diri dengan menggunakan lilitan selendang.
Insiden itu disedari bapanya selepas menyedari anaknya itu tidak menyahut beberapa panggilan yang dibuat ketika berada di rumah.
Lantas membuatkan dia memecah pintu bilik anaknya namun mendapati mangsa telah cuba membunuh diri.
“Saya cuba untuk buka pintu bilik dan buat CPR sebelum membawanya ke hospital.
“Dia cakap dia tak curi telefon bimbit itu. Telefon bimbit yang hilang boleh diganti tapi nyawa anak saya bolehkah diganti?
“Anak saya kini hidup dengan bantuan pernafasan,” kata bapanya memetik The Star.
Difahamkan, anak kesayangannya itu kini mengalami penyakit mati otak dan sedang bertarung nyawa melawan serangan penyakit tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya.
Bekas tukang masak berusia 50-an itu mengatakan pihak sekolah mendakwa kerlibat pencuri telah dirakam oleh kamera litar tetutup (CCTV).
Bagaimanapun mereka tidak boleh mengesahkan sama ada anaknya yang dilihat dalam rakaman CCTV berkenaan.
Tuduhan itu bermula apabila empat orang guru telah mengesyaki mangsa mencuri kerana terluhat kelibat mangsa pergi ke bilik guru.
Apa yang lebih memilukan, guru-guru terbabit turut bertindak memukul dan mengurungnya di sebuah bilik khas konon demi membuatkan mangsa mengaku atas tindakan yang tidak dilakukannya.
Sementara itu, pelajar berusia 14 tahun itu turut meninggalkan nota kepada ibu bapanya menafikan dia mencuri dan tidak mahu menyusahkan mereka.
Laporan The Star turut menyebut, presiden NGO Malaysian Tamil Kural, David Marshel berkata, kes akan dirujuk kepada polis kerana guru berkenaan tidak sepatutnya membawa pulang remaja itu ke rumahnya menggunakan kereta persendirian tanpa izin ibu bapa dan pihak sekolah.
Marshel menyertai bapa saudara mangsa membuat laporan polis terhadap guru itu di balai polis manakala wakil pihak sekolah enggan mengulas isu ini.
Sementara itu, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang turut memindahkan guru berkenaan buat sementara waktu bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. -MYNEWSHUB.CC
Loading...