
Tahniah kepada pelakon Fizz Fairuz kerana telah dianugerahkan darjah kebesaran dan pingat Pahang yang membawa gelaran Datuk. Fizz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
BACA: Fizz Fairuz Hadiahkan Toyota Vellfire Kepada Isteri
Sementara itu isteri kepada pelakon lelaki berkenaan iaitu
Almy Nadia, telah memuatnaik sekeping gambar ringkas dengan caption penuh rasa syukur.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
“Syukur Alhamdulillah penghulu segala hari. Amin. Proud of you Fizz Fairuz,” kongsi Almy di Instagram yang turut mendapat ucapan tahniah daripad peminatnya.
Melalui laporan mStar Online pula, Almy dan Fizz masih lagi belum sempat memberi kenyataan penuh berkaitan berita gembira tersebut kerana masih berada dalam majlis istiadat berkenaan. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Sambutan Aidilfitri ...

248 Stesen Minyak Di Kelantan Kekal Beroperasi Pad ...

Abang Perodua Bongkar 3 Mitos Automotif Termasuk T ...

5 Resipi Rendang Sedap, Bukan Berasas Daging & ...