loading...

Dapat Gelaran Datuk, Fizz Fairuz Dikecam

Faham benar dengan situasi dan perlakuan warga laman sosial yang seringkali mempertikaikan kejayaan seseorang selain turut diiringi dengan pelbagai kecaman, Fizz Fairuz dan isteri Almy Nadia mahu terus kekal positif.

BACA: Giliran Fizz Fairuz Dikurnia Pangkat Datuk

“Mungkin ramai tidak tahu saya adalah anak jati Raub dan pada masa sama saya juga banyak buat kerja untuk promosi pelancongan dan budaya negeri ini. Selain itu, saya juga menjadi ikon JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) Pahang dan diharapkan mereka faham mengapa saya diberikan pengiktirafan ini,” jelas Fizz.

Sementara itu, bagi Almy pula, dia dan suami tidak akan mempedulikan kecaman di laman sosial dan hanya fokus untuk menjadi yang lebih baik selain menjelaskan bahawa hanya individu terdekat mengetahui apa yang telah dilakukan oleh suaminya.

“Tidak dinafikan netizen sekarang memang lantang dan gemar mengecam sesuka hati tanpa mengambil kira hati dan perasaan seseorang. Namun, saya dan suami memilih untuk tidak ambil pusing dengan setiap kecaman kerana ini rezeki yang datang daripada Allah”

“Penganugerahan ini adalah usaha kerasnya dalam menaikkan dan mengharumkan nama negeri kelahirannya. Hanya saya dan orang terdekat dengan suami tahu apakah sumbangan dan usaha yang dilakukannya,” katanya kepada Harian Metro.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...