Kredit foto: Instagram Noor Nabila
Kiriman foto Instagram yang memperlihatkan pasangan Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila berada di sebuah pusat perubatan, mencuri tumpuan ramai.
Entri pada petang Sabtu itu membuatkan netizen berspekulasi kononnya Noor Nabila kini sedang berbadan dua.
Kiriman itu antara lain memuatkan ucapan penghargaan kepada individu yang memberi perkhidmatan kepada mereka.
Kredit foto: Instagram Noor Nabila
"Terima
Menerusi ruangan komen, rakan selebriti termasuk sahabat baik mereka, Awal Ashaari merakamkan ucapan tahniah.
Foto itu sehingga kini meraih hampir 24,000 tanda suka dan dibanjiri 160 komen daripada netizen yang teruja mendengar dakwaan kehamilan itu.
Pun begitu, pasangan romantis ini masih mengunci mulut daripada sebarang pendedahan berkenaan desas-desus itu.
Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Petaling Jaya.
Sumber berita: Mstar

5 Telefon Flagship Bajet Terbaik Awal 2025 ...

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Sambutan Aidilfitri ...

Kunitomo Asano Dilantik Ceo Dan Pengarah Urusan Bs ...

Amalan Wanita Haid Ketika Ramadan Mufti Wp ...