STOCKHOLM – Pengasas gedung perabot terkenal Sweden, IKEA, Ingvar Kamprad, meninggal dunia hari ini (28 Januari) pada usia 91 tahun.
Demikian menurut syarikat perabot tersebut.
Kamprad menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya di Smaland, selatan Sweden.
“Kami amat berduka cita atas pemergian Ingvar. Kami akan selalu memperingati dedikasinya dan komitmen beliau” kepada orang ramai, kata CEO dan Presiden Inter IKEA Group, Torbjorn Loof dalam satu kenyataan.
Dilahirkan pada 1926 dalam keluarga pekebun di selatan wilayah Smaland di Sweden, Kamprad mengasaskan syarikat tersebut semasa berusia 17 tahun.
Beliau mencatat kejayaan dengan menawarkan harga yang rendah berbanding pesaing-pesaingnya.
“Warisan beliau akan selalu dikenang buat tahun-tahun akan datang dan visi beliau – untuk mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik untuk lebih ramai orang – akan selalu menjadi panduan dan memberi inspirasi kepada kami,” kata CEO dan Presiden IKEA Group, Jesper Brodin dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya Eropah mengumumkan tahun lalu bahawa ia akan memulakan siasatan ke atas perjanjian cukai antara IKEA dan Belanda. – AFP
Loading...