loading...

Aidil Aziz Kekal Bujang Gara-Gara..

aidil aziz kekal bujang gara gara

Kredit foto: Instagram Aidil Aziz

Aktor, Aidil Aziz, 31, tidak menolak kemungkinan kontroversi kes dadahnya sebelum ini menjadi punca tiada wanita berani mendampinginya sehingga kini.

Dalam masa sama, pelakon Evolusi KL Drift 2 itu akui masih belum mempunyai calon isteri.

"Benar, saya tidak menafikan mungkin wanita takut untuk mendekati saya kerana masih dibayangi kisah lalu.

"Boleh jadi itu sebabnya saya masih solo sampai sekarang," katanya.

Beliau ditemui di majlis pelancaran program 2018 Media Prima yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, aktor terbabit tidak mahu isu itu menjadi penghalang untuknya berjaya dalam bidang yang diceburi.

"Tetapi ia bukanlah penghalang untuk saya kembali fokus dalam kerjaya dan bisnes yang sedang diusahakan sekarang," katanya.

Mengakui keluarganya turut menyatakan hasrat untuk melihat dirinya berkahwin, Aidil bagaimanapun tidak tertekan ke arah itu.

"Saya tidak kisah siapa pun calon isteri saya, cuma saya mengharapkan dia memahami karier saya dan berada di samping saya ketika senang dan susah.

"Perihal jodoh, ajal dan maut semua ketentuan Allah dan saya terimanya dengan terbuka. Tidak kisahlah lambat atau cepat," tambahnya.

Pada Oktober 2016, Aidil bersama dua rakan lain didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram.

Namun, beliau terlepas hukuman gantung apabila pertuduhan mengedar dadah dipinda kepada memiliki dadah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Disember tahun sama.

Sumber berita: Astro Gempak
Previous
Next Post »
loading...