loading...

“Hiasan Pelamin Yuna Telan Belanja RM70,000”

Beberapa hari ini, kecoh di media sosial tentang hiasan pelamin pernikahan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna bersama pasangannya, Adam Sinclair yang mengambil tempat di sebuah resort peranginan di Pahang.

Ramai khabarnya memasang impian untuk memiliki pelamin yang sama tetapi tidak tahu kos sebenar untuk merealisasikan konsep unik sebegitu — sehingga ada yang menawarkan RM200 sahaja untuk pereka pelamin.

BACA: Gambar Romantis Di Sekitar Resepsi Yuna & Adam Sinclair

Pengarah kreatif The Calla, Firdaus Othman yang menghasilkan pelamin nikah Yuna dan Adam Sinclair pada Jumaat lalu menjelaskan anggaran harga pelamin itu kira-kira RM70,000.

Beliau berkata jumlah itu dikira berdasarkan bukan sahaja penggunaan bunga, malah usaha menyiapkan pelamin yang mengambil masa tiga hari.

“Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap harga tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000”

“Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan,” katanya.

Beliau juga berkata yang syarikatnya tidak akan membuat lagi konsep sebegitu kerana ianya unik untuk Yuna dan Adam Sinclair sahaja. (rtky/m)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...