loading...

Arsenal Patut Dipersalahkan Jika Alexis Sanchez Terlepas Ujian Dadah Rutin - Wenger

arsenal patut dipersalahkan wenger

Sumber foto: skysports.com

Arsene Wenger menjelaskan bahawa Arsenal perlu dipersalahkan jika Alexis Sanchez terlepas ujian dadah rutin pada hari serupa dia sedang menyempurnakan pemindahan ke lawan Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Menurut laporan media British, penyerang Chile itu didedahkan telah pun menyalahi peraturan Persatuan Bola Sepak (FA) kerana gagal mengambil ujian doping yang sepatutnya diadakan pada Isnin.

Antara peraturan yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris ialah pemain harus bertanggungjawab untuk mengemaskini kesemua informasi peribadi mereka seperti lokasi terbaru.

Objektif sistem tersebut dibuat adalah untuk menyenangkan pihak bertanggungjawab tentang anti doping melakukan ujian.

Lokasi terbaru Sanchez berlainan pada Isnin di mana beliau berpindah ke Manchester United, walaupun ternyata penyerang Chile tersebut secara teknikalnya kekal berdaftar selaku pemain Arsenal sewaktu kebarangkalian penyalahan peraturan itu terjadi.

"Ia hari yang buruk buatnya untuk diuji. Jujurnya, daripada sudut pengurusan, ia masih lagi di bawah tanggungjawab kami kerana dia masih belum berpindah," ujar pengurus Arsenal, Wenger.

"Kami tidak mempunyai niat untuk menyembunyikannya - dan kami tidak ada apa yang perlu disorokkan," jelas pengurus veteran dari Perancis berkenaan.

"Pada Isnin banyak perkara yang berlaku, ia satu hari yang istimewa buat Alexis Sanchex - kamu perlu melakukan kertas kerja dan meneruskan perjalanan."

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City didedahkan menaruh keinginan untuk mengikat Sanchez lalu mengetahui bahawa Gunners memberikan nilai STG35 juta (RM192 juta) serta tuntutan tinggi daripada pemain terbabit.

Ini secara tersembunyi menyediakan laluan buat United bagi membuat pertukaran terus yang melihat penyertaan Henrikh Mkhitaryan dalam Arsenal.

Sumber berita: AFP & BH Online

Previous
Next Post »
loading...