loading...

Kisah bagaimana ikan lumba-lumba dilatih menjadi ejen perisik dan askar perang

dolfin perang tentera laut

Ikan lumba-lumba adalah antara spesies mamalia yang hidup di lautan. Selain merupakan mamalia laut yang sangat pintar, ia juga mempunyai banyak keunikannya yang tersendiri.

Antara keistimewaan mamalia laut ini adalah ia mudah dilatih oleh manusia. Tahukah anda bahawa selain aktiviti bermain dan membuat pelbagai aksi yang mencuit hati kita, mamalia laut ini juga terlibat dalam aktiviti ketenteraan?

Selalunya, hanya khidmat anjing yang banyak digunakan untuk membantu dalam operasi ketenteraan. Tidak terlintas di fikiran pula yang mamalia laut juga terlibat dalam aktiviti ketenteraan. Mungkin ada di antara anda yang terkejut dan masih tidak tahu bagaimana ikan lumba-lumba dapat menjadi tentera laut bukan? Tetapi, anda jangan pula membayangkan mereka juga memakai uniform tentera ya.  

Negara yang menggunakan khidmat mamalia laut 

4 negara yang menggunakan khidmat mamalia laut dalam aktiviti ketenteraan

Sebenarnya, menggunakan khidmat mamalia laut seperti ikan lumba-lumba, ikan paus beluga, dan singa laut untuk tujuan ketenteraan bukanlah sesuatu yang baharu. Oleh disebabkan keistimewaan yang ada pada mamalia laut ini, maka ia telah dimanfaatkan oleh pelbagai pihak termasuklah pihak tentera laut.  

Untuk pengetahuan anda, terdapat empat negara yang aktif dalam menggunakan khidmat hidupan mamalia laut ini iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet/Rusia, Iran dan Ukraine.

Sejarah permulaan kajian

ikan lumba lumba dan singa laut california merupakan mamalia laut yang dilatih untuk pertahanan negara

Pada asalnya, pihak tentera laut Amerika Syarikat mula bekerja dengan ikan lumba-lumba jenis bottlenose dan singa laut jenis California pada tahun 1960-an untuk membantu pengesanan periuk api.

Hal ini kerana menurut kajian, ia mampu menyelam sehingga kedalaman 300 meter tanpa mengalami apa-apa kecederaan walaupun berada di dalam tekanan air besar di dasar laut.

b265dec3e14bb0f1a26c0b81830f93c4

Tambahan pula, pihak tentera laut ini juga ingin mereka bentuk kapal selam yang baru dan senjata di dasar laut. Oleh sebab itu, terdapat banyak kapal selam tentera laut khususnya yang berbentuk seperti ikan lumba-lumba.

Kegunaan mamalia laut dalam aktiviti ketenteraan

exp nr seg animals war cnn 576x324

Seterusnya, ia menjadi perintis kepada pusat penyelidikan yang memfokuskan mamalia laut ini melalui "The Navy's Marine Mammal Program" yang ditubuhkan sendiri oleh pihak tentera laut Amerika Syarikat. 

Matlamat utama mereka adalah untuk mengkaji keupayaan sonar ikan lumba-lumba di dasar laut. Sebagai tambahan kepada komponen penyelidikan tentera laut ini, mereka juga melatih ikan paus beluga, singa laut dan mamalia laut yang lain untuk melakukan pelbagai tugas tertentu. 

k

Diantara tugasan itu adalah mengangkut peralatan menyelam di bawah air, mencari dan mengambil objek yang hilang, menjaga kapal serta melakukan pengawasan di bawah air sambil kamera diikat pada mereka.

Pertahanan dan penyerangan

p 266

Berdasarkan sejarah, khidmat ikan lumba-lumba telah digunakan ketika Perang Vietnam, Teluk Parsi dan Perang Dingin pada suatu ketika dahulu. Mereka berjaya membunuh musuh dengan menggunakan pisau yang diikat pada muncung mulut mereka.

Pada tahun 1980-an, dengan anggaran operasi sebanyak $8 juta dolar, program Amerika Syarikat ini mempunyai lebih dari 100 ekor ikan lumba-lumba, singa laut dan ikan paus beluga.

Namun dengan berakhirnya Perang Dingin, belanjawan pihak tentera laut untuk program mamalia laut ini telah dikurangkan secara drastik. Jadi, mereka terpaksa menutup semua pusat latihannya yang lain dan biarkan satu tempat sahaja yang dibuka.

Mereka memutuskan bahawa mereka hanya memerlukan 70 ekor ikan lumba-lumba daripada 103 ekor ikan lumba-lumba yang tinggal dalam program ini untuk mengekalkan operasi tersebut. Erti kata lain, jumlah bakinya perlu bersara.

Jelaslah bahawa, dengan menggunakan khidmat ikan lumba-lumba dalam aktiviti ketenteraan juga dapat dijadikan sebagai salah satu strategi peperangan mereka. Hal ini kerana setelah ikan lumba-lumba dilatih oleh pasukan tentera laut, mamalia laut tersebut akan menjalani latihan khas pula. Jangan ingat yang manusia sahaja ada latihan khas okay. 

Mamalia laut tersebut akan menjalani latihan khas seperti menyerang pihak musuh, menyelamatkan pelaut dan mengesan torpedo serta periuk api laut . Untuk pengetahuan anda, periuk api laut adalah alat peledak dan pemusnah yang ditempatkan di dalam laut untuk memusnahkan kapal atau kapal selam yang datang mendekat.

Lain-lain

Di samping itu, mereka ingin belajar bagaimana membentuk kaedah yang lebih cekap untuk mengesan objek di dalam air. Dalam masa yang sama, mereka perlu meningkatkan kelajuan bot dan kapal selam mereka dengan meneliti bagaimana ikan lumba-lumba tersebut mampu berenang dengan cepat dan menyelam begitu dalam.

Ditentang kerana

140515taijiprotest

Namun begitu, terdapat juga kontroversi yang mengatakan bahawa pihak tentera laut ada menyalahgunakan ikan lumba-lumba ini untuk tujuan lain yang mengancam nyawa mamalia laut tersebut. Banyak pihak yang menentang program ini dilaksanakan antaranya adalah badan organisasi People for the Ethical Treatment of Animals (PETA).

Hal ini kerana berkenaan dengan isi kandungan draft "environmental impact statement"  terkini yang dikeluarkan oleh pihak tentera laut Amerika Syarikat itu sendiri. Mereka mengakui bahawa latihan sonar yang dirancang dari tahun 2014 hingga 2018 ini mungkin secara tidak langsung dapat membahayakan hidupan mamalia laut sebanyak 2.8 juta kali dalam tempoh lima tahun.

Latihan sonar ini sangat mendatangkan bahaya disebabkan ia mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan dapat membuat hidupan mamalia laut seperti ikan lumba-lumba dan ikan paus terutamanya kehilangan pendengaran. Seperti yang kita tahu, ikan paus dapat berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dari jarak yang jauh. Jika hal ini dibiarkan, maka ia akan menjadi faktor utama kepada kepupusan mereka.

Disokong kerana

#1 Penemuan echolocation

sonar

Berdasarkan rujukan daripada portal U.S Navy Marine Mammal Program, pihak tentera telah menemui sonar biologi ikan lumba-lumba yang dipanggil echolocation. Echolocation adalah proses mengesan objek dengan cara mendengar dan mengenal pasti arah pemantulan bunyi.

Mamalia laut ini amat bergantung kepada teknik echolocation. Proses inilah yang akan memberi maklumat kepada ia tentang saiz, bentuk dan lokasi sesuatu objek. Ia akan menggunakan telinga dan suaranya sebagai pancaindera untuk mencari ikan-ikan kecil sebagai makanan, navigasi, dan sebagai komunikasi antara mereka.

#2 Program terapi untuk kanak-kanak autistik

rehacare 2017 cdtc curacao dolphin therapy research center product rehacare2017 2524434 rq3xoerstcmrqizvbenqew image

Ikan lumba-lumba sememangnya sejenis mamalia laut yang istimewa dan banyak membantu manusia dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, terdapat juga ikan lumba-lumba Ukraine yang pernah dilatih oleh Tentera Laut Soviet untuk operasi ketenteraan dahulu, kini digunakan sebagai program terapi untuk kanak-kanak autistik.

Kesimpulan

Kebelakangan ini, negara lain seperti Russia dan Ukraine juga turut menggunakan taktik yang sama seperti negara Amerika Syarikat dengan merekrut ikan lumba-lumba ke dalam pasukan pertahanan negara mereka. Lumrah kehidupan, masing-masing ingin berlumba untuk menguasai dasar laut. Semua ingin memperluaskan kuasa mereka.

ikan lumba lumba dilatih menjadi tentera laut untuk pertahanan negara 3

Kali ini, mamalia laut tersebut bukan sahaja ditugaskan untuk mengesan senjata di dasar laut tetapi juga sebagai agen perisik dan pembawa bahan letupan. Wow! Betapa hebatnya makhluk ciptaan Tuhan ini. Sudah lama mereka dilatih untuk memasang periuk api yang dijatuhkan ke laut pada kapal-kapal musuh sejak dari era Kesatuan Soviet lagi. Hal ini menyebabkan sasaran dapat dimusnahkan dengan mudah tanpa perlu menggunakan khidmat penyelam untuk melakukan tugas yang berbahaya itu. 

ikan lumba lumba dilatih menjadi tentera laut untuk pertahanan negara 5

Pendek kata, ikan lumba-lumba ini memang amat sesuai dipilih sebagai tentera laut kerana kemampuan mereka yang dapat mengesan objek di dasar laut, boleh menyelam dengan lebih dalam dan mudah dilatih. Tetapi, hakikatnya adalah habitat mereka akan lebih terancam disebabkan kepentingan oleh pihak tertentu yang tidak ambil peduli tentang ancaman kepupusan hidupan mamalia laut ini.

Rujukan :

  1. The Story of Navy Dolphins
  2. Tentera laut ikan lumba-lumba
  3. Dophins defence
  4. Killing with sound
Previous
Next Post »
loading...