loading...

Filem Makrifat Cinta Bakal Buat Penonton Menangis

Siapa sahaja pasti mempunyai masalah dalam kehidupan. Sama ada masalah itu kecil atau pun besar. Itulah yang di alami oleh Mahathir yang merupakan seorang suami kepada Zarah dan ayah kepada Aisha.

Sebuah filem arahan Kamal G bakal mengegarkan pawagam dengan penampilan barisan pelakon ‘Gred A’.

Filem Makrifat Cinta berkisarkan mengenai seorang lelaki bernama Mahathir yang bergelumang dengan masalah yang dialaminya dalam membina sebuah mahligai cinta yang sejati dan berdepan dengan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Menurut pengarah filem ini, filem lakonan Syamsul Yusuf ini merupakan sebuah kisah benar yang di alami oleh sahabatnya sendiri lalu dilahirkan dalam sebuah karya buat tontonan ramai.

Mahathir merupakan seorang lelaki yang bertungkus lumus mencari nafkah buat keluarganya dan sentiasa berdepan dengan masalah yang bertimpa-timpa. Turut memberi tekanan kepadanya apabila berdepan dengan seorang isteri yang tidak memahami kemampuannya.

Filem ini juga membuatkan anda tidak sabar untuk menonton disebabkan barisan pelakon yang mantap seperti Syamsul Yusuf, Nabila Huda, Nora Danish, Adi Putra, Aznil Nawawi, Sabrina Ali dan turut dibintangi pelakon cilik Puteri Balqis yang sentiasa meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Adi Putra yang memegang watak Rizal dan merupakan seorang penangih dadah dan kaki judi. Rizal adalah seorang yang cepat beremosi dan tidak dapat mengawal amarahnya.

Bagi peminat Syamsul Yusuf sudah semestinya anda menanti-nantikan lakonan Syamsul Yusuf dimana sebelum ini Syamsul hanya memegang watak gengster dan ustaz. Namun dalam filem ini anda akan dapat melihat lakonan Syamsul dengan watak lain daripada yang lain di samping menggalas sebagai watak utama. Jangan terkejut pula apabila melihat Syamsul memegang watak ayah yang penuh dengan dugaan.

Tidak mahu cerita semuanya buat anda di sini, apa yang boleh kami katakan disini filem ini memberi pengajaran kepada anda dan membuatkan anda menitis air mata.

Apa yang pasti filem yang menyentuh emosi ini mampu membuatkan penonton berfikir sejenak mengenai plot-plot cerita yang disampaikan oleh barisan pelakon Makrifat Cinta.

Jangan lupa serbu pawangan berdekatan anda pada 1 Februari ini dan jangan lupa untuk bawa tisu bersama. Percayalah filem ni buat anda tersentuh habis.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...