loading...

Gara-Gara Putus Susu, Nad Zainal Dilabel Dera Anak?

Ibu mana yang tidak sayangkan anak bukan? Itulah yang dilakukan oleh Nad Zainal untuk anaknya namun pertolongan Nad baru-baru ini disalah anggap segelintir warga laman sosial.

BACA: Nad Zainal: Jangan Banding, Hina Anak Artis

Perkara tersebut disuarakan Nad melalui Insta Stories. Gara-gara meminta tips untuk putus susu dengan bayi daripada orang ramai, ada yang menyifatkan Nad mendera anak sendiri. Berang dengan perkara tersebut, Nad Zainal kembali memuatnaik kenyataan balas di laman sosial tersebut.

“Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan)

“I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation,” jelas Nad Zainal.

“Saya bagi dia let go secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak,” tambahnya lagi.

Semoga Nad tabah menjadi ibu ketika di zaman yang orang lain bebas melemparkan sebarang kata-kata tanpa berfikir panjang dan tahu hujung pangkal cerita. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...