Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli
Penyanyi, Haqiem Rusli, berasa kecewa dengan tindakan sesetengah netizen yang gemar mencari kesalahannya.
Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, berkata, ada di kalangan netizen yang tidak menyedari kritikan yang dilemparkan mereka itu melampaui batas.
Biarpun begitu, penyanyi Jatuh Bangun ini nekad menjadikan kutukan yang diterima sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam kerjayanya.
Tidak terkecuali, dia memaafkan serta menerima komen-komen negatif yang dilontarkan dengan hati terbuka.
“Aku akan terus menaik meninggalkan semua kutukan dari sesetengah netizen yang tak pandai dan tak faham apa itu erti “menjaga hati sesama manusia”
“Dan mereka yang cakap belakang akan terus berada di
Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli
Rata-rata para pengikut menerusi ruangan komen memberikan kata-kata semangat buat anak muda berusia 20 tahun ini.
Ujar peminat, netizen yang mencari kesalahannya itu sebenarnya bersikap prihatin terhadap perkembangan Haqiem.
“Ya!! @haqiemrusli98_ yang mengutuk sebenarnya prihatin dengan anda. Anggap segala kutukan sebagai motivasi menaikkan prestasi. Go fight win,” tulis @innda_asmira
“Biarkan mereka mengata kerana manusia yang kurang pandai untuk memilih antara syurga atau neraka sahaja akan terus mengata. Sabar bro,” kata @elmajulkapli.
Sumber berita: Astro Gempak

Lelaki Dipukul Beramai-ramai Dituduh Ganggu Isteri ...

#hiburan: Rm8 Juta Je, Pulau Persendirian Di Langk ...

Mudah Dan Murah, Netizen Indonesia Luah Rasa Kagum ...

Sayang.. Cinta Song Jihyo & Kim Jongkook K ...