loading...

Fenomena Telefilem Pok Ya Cong Codei, Ini Pendedahan Sabri Yunus

fenomena telefilem pok ya cong codei ini pendahan sabri yunus 1

Kredit foto: babab.net

Sejak tayangan pada 20 Januari lalu, telefilem Pok Ya Cong Codei menjadi buah mulut di kalangan netizen.

Apa yang menarik perhatian, ungkapan 'Cong Codei itu sendiri yang meletakkan karya ini ke satu tahap tersendiri dalam industri hiburan.

Lagi pula, watak utamanya, seorang ‘gedebe’ atau samseng ini memberi impak besar terhadap tarikan para penonton tempatan.

fenomena telefilem pok ya cong codei ini pendahan sabri yunus 2

Kredit foto: Instagram Sabri Yunus

“Menjadi tular itu bukan sahaja perkara baru buat watak Pok Ya, malah baru juga bagi saya sendiri. Sebenarnya penghasilan cerita ini tidak dirancang, malah ia dilakukan secara tergesa-gesa.

“Penerimaan penonton kali ini menjadi kebanggaan buat saya sebab ia membuktikan bahawa prinsip saya pegang dalam menghasilkan karya yang ada nilai murni dan budaya akhirnya memiliki pengikut tersendiri,” kata Sabri Yunus memetik portal Sinar Harian.

Sabri memenuhi jemputan slot temubual ‘Anda Tanya Pok Ya Jawab' yang bersiaran di Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Telefilem yang menjadi fenomena itu antara lain dibintangi Mustapha Kamal, Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim.

Sementara itu, Sabri berkata, beliau yakin akan karya yang menerapkan nilai sastera dan elemen yang dekat dengan jiwa masyarakat mampu menjadikannya lebih indah dan senang diterima.

“Dalam berkarya, kita perlu ada kejujuran dan penonton dapat menilai serta percaya dengan penceritaan yang cuba kita sampaikan.

“Automatiknya watak-watak diwujudkan semua memiliki nilai-nilai kemanusiaan, termasuk keagamaan di mana kita percaya ‘hitam tak semuanya hitam dan putih tak semuanya putih’.

"Nilai-nilai ini dapat kita lihat menerusi watak Pok Ya itu sendiri,” katanya.

Menurutnya lagi, penceritaan telefilem itu menjadi lebih berwarna dengan kehadiran watak Pok Ya bersama kisah di sebalik perkataan 'Cong Codei' tersebut.

“Perkataan Cong Codei (Hotel Concorde) ini sudah lama ada iaitu sekitar era 70-an dan ia wujud kerana ada yang tersalah sebut.

"Bila situasi salah sebut ini dikaitkan dengan individu yang tidak berpengaruh atau tidak hebat, maka ia tak menjadi sesuatu yang besar.

“Sebab itu saya pilih Pok Ya iaitu gedebe, di mana dia seorang yang hebat tapi salah sebut, itu perkara besar. Bagaimana seorang hebat juga salah sebut,” katanya.

Sumber berita: Sinar Harian

Previous
Next Post »
loading...