
KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes kehilangan mata wang asing yang dianggarkan bernilai RM8.3 juta milik sebuah syarikat pemborong mata wang dalam dua tangkapan berasingan di ibu negara pada Sabtu dan semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata suspek yang masing-masing berusia 33, 41 dan 43 tahun itu ditangkap selepas polis menerima laporan daripada syarikat pemborong mata wang terbabit pada Jumaat lepas.
“Ketiga-tiga mereka bekerja sebagai ‘runner’ untuk syarikat pengurup wang dan kesemua suspek
Difahamkan, seorang pekerja syarikat pemborong berkenaan ditugaskan untuk mengedarkan mata wang Thailand bernilai 85 juta baht kepada beberapa syarikat pengurup wang, namun wang itu tidak sampai kepada pengurup terbabit.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan tentang kebimbangan syarikat pengurup wang akan mengalami kekurangan bekalan mata wang asing untuk diniagakan susulan kes berkenaan. – BERNAMA
Loading...

Instagram Akan Dipenuhi Dengan Komen Yang Dijana A ...

Ktmb Beli 12 Tren Elektrik Bernilai Rm283j Untuk P ...

Pendengaran Permohonan Gantung Bicara Bela Diri Bu ...

Yakeb Pujuk Bekas Atlet Berstatus Bintang ...