loading...

Sabah Perlu Kerajaan Stabil Teruskan Pembangunan

BELURAN – Sabah memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi kesinambungan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurut beliau lebih banyak pembangunan diperlukan di negeri ini bagi meletakkan Sabah seiring dengan negeri lain.

Katanya yang jelas, Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang perlu terus disokong oleh Sabah dan meletakkan agenda pembangunan sebagai agenda utama dalam menentukan kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Menurutnya kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan keikhlasan untuk membangunkan semua kawasan termasuk di luar bandar.

“Banyak pembangunan telah dilakukan oleh kerajaan di kawasan luar bandar. Namun masih banyak lagi pembangunan yang diperlukan,” kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Musinggapuh Paitan, hari ini.

​​​​​​Justeru, katanya, kerajaan BN perlu dikekalkan bagi kesinambungan dalam agenda pembangunan.

Berbanding parti pembangkang, Ronald berkata parti itu bukan satu pilihan kepada rakyat Sabah untuk disokong kerana pembangkang bukan berjuang untuk membela rakyat.

Sebaliknya, pembangkang lebih menumpukan kepada kepentingan politik dan peribadi menyaksikan pakatan mereka bertelingkah mengenai agihan kerusi dan tiada kesefahaman antara mereka, katanya.

Beliau berkata ini jelas menunjukkan mereka bukan pilihan yang terbaik untuk membawa pembangunan Sabah dan menentukan hak negeri ini dalam kerajaan persekutuan. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...