KUALA LUMPUR – Sebuah keluarga yang merupakan pendatang didakwa menjadi gelandangan dan mengemis untuk mendapatkan simpati orang ramai.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia (PUM), Jamawi Jaafar menulis menerusi status di Facebooknya, keluarga tersebut sengaja menggunakan pendekatan merempat dan tidur di kaki lima sedangkan telah mendapat bantuan yang dihulurkan Pemuda UMNO Wilayah.
“Keluarga ini merupakan warga Thailand dan bukannya penduduk tempatan seperti mana yang di viralkan sebelum ini. Sebelum ini telah viral akan keluarga ini yang kononnya merempat dan tidur di ruang kaki lima kedai.
“Sebenarnya keluarga ini telah banyak dibantu melalui Pemuda UMNO Wilayah Mohd Razlan dan MAWIP/Baitulmal,”katanya.
Tambahnya, sebuah rumah juga telah disediakan buat keluarga terbabit.
“Sebuah rumah juga telah disediakan di Puchong, namun kerana tiada pekerjaan tetap, makcik ni mengambil tindakan utk membawa anak anaknya tidur di tepi jalan (ruang kaki lima kedai) atas sebab mudah mendapat simpati orang ramai.
“Dia nyatakan dalam sehari boleh mendapat sekurang kurangnya RM200 atas sumbangan simpati rakyat malaysia yang lalu lalang,”ujarnya lagi.
Tambahnya, perkara itu bukan cara yang sesuai dilakukan oleh keluarga berkenaan kerana telah diberikan bantuan namun sengaja mencemarkan nama baik Malaysia.
“Mohon pihak DBKL, Polis dan Imigresen ambil tindakan selepas ini jika mereka masih berdegil untuk memilih cara kehidupan begini… ia mencemar imej baik kerajaan yang sentiasa prihatin,”katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW