loading...

Pelamin Angan Liu Ying Sudah Musnah?

Selepas membina cinta selama kira-kira lapan tahun, kini hati jaguh badminton wanita negara, Goh Liu Ying, dilaporkan tidak lagi terisi oleh sesiapa.

 

Media melaporkan, Liu Ying menjalin hubungan romantis dengan bekas pemain beregu negara, Ong Jian Guo, sejak kedua-dua mereka berusia 19 tahun lagi.

 

Pasangan itu juga pernah dilaporkan merancang untuk bersama-sama menubuhkan sebuah akademi badminton bagi melahirkan bakat baru dalam sukan berkenaan.

 

Memetik China Press, Sinar Harian melaporkan kini kedua-dua mereka sudah berpisah, namun punca atau alasan hubungan mereka tamat tidak dinyatakan.

 

Setakat ini Liu Ying dan Jian Guo belum memberikan sebarang reaksi kepada laporan berkenaan.

 

Mereka juga dilaporkan sedang terbabit dalam kejohanan Purple League dengan masing-masing mewakili kelab berbeza.

 

Liu Ying sedang bermain untuk kategori beregu campuran mewakili Puchong United, manakala Jian Gua beraksi untuk beregu lelaki untuk kelab Klang City.

 

Untuk makluman, kedua-dua mereka berasal dari Melaka dan pernah dimasukkan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk digilap bakat mereka sehingga layak mewakili negara.

 

Pada kejohanan Olimpik lalu Liu Ying berpasangan Chan Peng Soon dan hampir-hampir merangkul pingat emas pertama negara selepas beraksi cemerlang sehingga ke perlawanan akhir.

 

Bagaimanapun impian itu tidak kesampaian apabila laluan mereka disekat pasangan dari Indonesia, Tantowi Ahmad dan Lilyana Natsir dengan 14-21, 12-21.

 

Kejayaan itu melonjakkan nama Liu Ying di kalangan peminat sukan.

 

Malah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa ramai orang bertanya kepada beliau mengenai nombor telefon atlet jelita berkenaan.

 

“Masalahnya setiap orang sama ada Cina, Melayu atau India semua minta nombor telefon Goh daripada saya. Tapi saya tak ada,” katanya.-Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...