loading...

Projek Ikan Sturgeon: Felda Sedia Beri Kerjasama Terhadap Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR – Felda akur dan bersedia memberikan kerjasama terbaik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon, kata pengerusinya.

 

Tan Sri Shahrir Samad berkata, tindakan SPRM itu selaras dengan usaha Felda untuk menjalankan tadbir urus yang telus dan berintegriti.

 

“Saya yakin siasatan yang dijalankan ini adalah suatu yang perlu untuk ‘membersihkan’ Felda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 

Semalam, 5 orang termasuk 2 bekas pegawai kanan Felda ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.

 

Semua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menerusi Ops Caviar.

 

Dalam pada itu, Shahrir yang juga merupakan ahli Parlimen Johor Bahru berkata pada 23 Mac 2015, Felda memutuskan untuk melaksanakan kajian semula kedudukan terhadap projek ikan sturgeon itu.

 

Menurutnya, antara penemuan utama yang dilaporkan adalah ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan Felda, kelemahan tadbir urus serta kelemahan di dalam pelaksanaan dan pemantauan projek.

 

Justeru, Felda melantik sebuah firma guaman untuk melaksanakan semakan undang-undang pada 19 Ogos 2015 dan keputusan semakan kedudukan dan undang-undang dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 2 Feb 2016 untuk diambil tindakan sewajarnya.

 

“Pada 2016, Jabatan Audit Negara mengaudit aktiviti Felda termasuk semua di bawah Unit Pengurusan Transforvasi.

 

“Penemuan audit adalah seperti Laporan Ketua Audit Negara 2015 Sesi 2 dan berikutan laporan tersebut, pihak SPRM membuka siasatan terhadap projek subsidiari Felda,” katanya.

 

Beliau berkata, hasil siasatan itu membawa kepada penahanan 5 individu berkenaan oleh SPRM.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...