KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri menyeru seluruh anggota RELA Sarawak untuk memahami konsep ‘kembar siam’ bagi memastikan keharmonian di negeri ini terus terpelihara.
Najib ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pemimpin Bersama RELA petang tadi berkata, walaupun Sarawak mempunyai pelbagai etnik dan agama namun masyarakat disini dapat hidup dengan aman tanpa sebarang konflik.
“Di Sarawak ini ada macam-macam orang dan etnik, walaupun pada nama Melayu tapi adakalanya kita tidak tahu dia siapa, tapi itulah cantiknya di Sarawak ini ia tetap aman dan harmoni.
“Namun apa guna keamaan kalau tak ada kestabilan politik, kena faham konsep kembar siam ini,” katanya di hadapan 12 ribu anggota RELA di sini, pada Rabu.
Najib secara berjenaka turut berkata disebabkan kepelbagaian etnik itu, beliau turut berhasrat untuk mengambil gadis Iban sebagai isteri.
“Ada orang melayu sudah kahwin dengan iban, ketua menteri suruh saya kahwin dngan iban, tapi isteri saya tak bagi jadi saya tak jadi,” katanya pula. -SuaraTV
LAPORAN LANJUT MENYUSUL