loading...

Video: DAP Enggan Bayar Pampasan Kepada Kedah

Oleh: Saiful Izzuwan Mohammad

 

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad bashah mendakwa kerajaan Negeri Pulau Pinang enggan membayar pampasan ke atas kerajaan negeri Kedah ekoran daripada penggunaan air yang mengalir dari Kedah.

 

Menurut beliau, Kerajaan Pulau Pinang enggan membayar pampasan tersebut kerana air tersebut mengalir ke negeri mereka dan menganggap hak tersebut adalah milik mereka.

 

“Kita lama dah isu pampasan terutama pampasan air kerana Kedah ini sumber air kepada Pulau Pinang dan Perlis, Kerajaan Negeri memang tak nak bayar kerana dia kata air itu mengalir dan itu hak dia.

 

“Pulau Pinang yang besar, industri banyak, kapal-kapal besar di Pulau Pinang, dan dia dapat sumber air dari kedah dan generate dia punya income bukan main banyak melalui air, industri dia, patutnya dia juga bayar kepada kita sikit,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran buku Amanat 100 hari Menteri Besar Kedah Darul Aman.

 

Tambah beliau lagi, pampasan ini akan digunakan untuk pembangunan negeri dan pemuliharaan hutan kerana Kedah membekalkan air dalam jumlah yang besar.

 

“Jadi kita terpaksa kena reservekan kawasan untuk bekalkan air dalam jumlah yang agak besar jadi sebab itu kita nak jaga kawasan, kita nak buat pemuliharaan kawasan hutan ini pelbagai yang perlu kita buat, jumlah dalam itu berbilion ringgit kerana kita nak jaga kepentingan negeri Kedah tak apalah sebab negeri kita tapi negeri Perlis dan Pulau Pinang yang mana Pulau Pinang maju bukan main hebat, semua air datang daripada kita,” ujarnya.

 

Justeru, Kerajaan negeri berharap agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan pampasan ini walau dalam apa bentuk sekalipun agar dapat membantu dalam pembangunan di Kedah.

 

“Jadi kita harap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan dalam bentuk tunai ka, mesti ada dalam bentuk pampasan untuk bantu Kedah,” katanya. -SuaraTV

 

 

Previous
Next Post »
loading...